loading...
Seorang pelajar tahfiz iaitu adik Mohamad Thaqif Amin Gaddafi, 11, sebelum ini telah disebat pembantu warden sehingga hilang kedua-dua kakinya selepas dipotong akibat jangkitan kuman.
Berita mengejut dan meruntun ramai pembaca, adik Thaqif telah pun menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 2.05 petang semalam ketika dirawat di Wad Dependensi Tinggi (HWD) di Hospital Sultan Ismail (HSI).
Jenazah telah disembahyangkan di kediaman datuknya di Felda Bukit Aping Timur. Selepas solat jenazah, arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Aping Timur kira-kira jam 12.20 malam tadi.
Menarik perhatian MH Online, selebriti dan pengacara nombor 1 negara, Datuk Aznil Haji Nawawi, 54, turut meluahkan rasa sedihnya menerusi laman sosialnya di Instagram.
“Sukar mata nak lelap kerana berita pemergian Adik Thaqif ke Rahmatullah. Sekarang adik lebih tenang di sana berbanding di sini yg penuh dengan kekejaman binatang bertopengkan manusia AlFatihah,” coretnya.
Tidak kurang juga status luahan Aznil telah menarik perhatian ramai netizen dan ketika ini di ruangan komen Aznil dibanjiri ucapan takziah dan doa terhadap adik Thaqif.
“Al-Fatihah, sedih bila tahu adik Thaqif meninggal akibat kesan sebat daripada warden tu. Macam manalah agaknya warden itu nak lelapkan matanya seumur hidup!?,” komen Eddy Teena.
“Allahumaghfirlahu Warhamhum Waafini Wafuanhum. Al-Fatihah untuk adik Thaqif dan salam takziah untuk Cikgu Feldawani @ Dayang Thaqifah dan keluarga,” ucapnya.
“Al-Fatihah semoga roh mu dicucuri rahmat dan bersama orang-orang yang beriman. Takziah buat keluarga adik Thaqif,” komen Reyfeb.
Sama-samalah kita doakan semoga roh arwah bersemadi dengan tenang dan di tempatkan bersama golongan para syuhadah.
loading...
0 Response to "Adik Thaqif Meninggal Dunia, Pak Nil Turut Bersedih - Trending"
Post a Comment