loading...
Akhirnya, terlerai sudah persoalan siapakah jejaka yang bertahta di hati Juliana Evans atau Jue, 27, apabila dia selamat mendirikan rumah tangga dengan kerabat diraja Selangor, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj, 29,
Untuk info, Majlis aktres kacukan Melayu-Inggeris itu telah berlangsung di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam, Selangor dengan penuh meriah. </span>
Meskipun sebelum ini Juliana yang merupakan graduan komunikasi dan filem dari Amerika Syarikat, pernah menafikan khabar bahawa yang dia bakal menamatkan zaman bujang pada tahun ini, namun itu semua sekadar mengalih perhatian semata.
Malah hubungan mesra antara Jue dan Tengku Shariffuddin sejak dua tahun lalu itu kini sah tersimpul rapi dengan hanya sekali lafaz, pada kira-kira pukul 10.45 pagi tadi.
"Alhamdulillah, saya kini sah bergelar isteri Tengku Shariffuddin Shah dan kini sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab dalam kehidupan rumah tangga.
"Saya berharap agar peminat terus mendoakan kebahagiaan kami. Saya akan meneruskan aktiviti seni seperti biasa selepas ini," ujar Juliana dipetik sebagai berkata.
Difahamkan, majlis resepsi pasangan itu akan diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri ini. </span>
Sumber asal: myartis.com
loading...
0 Response to "NIKAH KERABAT RAJA, JULIANA EVANS KINI BERGELAR CHE PUAN (7 GAMBAR)"
Post a Comment