loading...
Mental! Seorang lelaki hilang pertimbangan, lalu menggigit anak perempuannya, Dalal yang berusia sembilan bulan sehingga mati di Jaramana, Damsyik, beberapa hari lalu.
Memetik portal Al Arabiya, kisah itu dikongsikan di media sosial tempatan, lalu mengundang kecaman keras penduduk Syria.
"Mereka yang tidak mati kerana peluru, mati kerana sikap gila orang ramai!" tulis mereka di laman sosial.
Buat pertama kalinya, seorang bayi perempuan mati digigit bapanya sendiri di Syria. Lelaki berusia 37 tahun itu dipercayai bersikap prejudis dan kecewa dengan kelahiran anak perempuannya.
Dalam kejadian yang berlaku pada 24 April itu, ibu mangsa dapat merasakan perkara buruk akan berlaku kepada anaknya apabila dia didukung bapanya.
Dia bergegas ke rumah jiran untuk meminta bantuan, namun sudah terlambat apabila dia mendapati anaknya sudah tidak bernyawa.
Doktor di Hospital Al-Radi, Jaramana, mengesahkan bayi itu meninggal akibat digigit. - CARI
loading...
0 Response to "Malu Dapat Anak Perempuan,Bapa Gigit Bayi 9 Bulan Sehingga Mati "
Post a Comment