Wajarkah jika kerusi bas diasingkan antara penumpang wanita dan lelaki? Bincangkan

loading...
Gadis Dakwa SYARIKAT BAS KERANA  Payudaranya Diraba Ketika Tertidur Semasa Menaiki Bas

Kes gangguan seksual terhadap golongan wanita sering dilaporkan berlaku sama ada di tempat kerja mahupun di tempat awam.


Semalam, tular tentang satu perkongsian daripada seorang gadis berbangsa Cina di laman Facebook yang mendakwa dirinya telah diraba seorang penumpang lelaki ketika menaiki bas untuk pulang ke kampung.


Difahamkan, ketika kejadian penumpang wanita yang dikenali sebagai Xin Yan itu sedang tidur di dalam bas ekspres yang dalam perjalanan menuju ke Batu Pahat.






Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Kluang,Asisten Komisioner Mohamad Laham, berkata kejadian berlaku berhampiran Hentian Rehat Simpang Renggam, dekat sini, ketika wanita berusia 21 tahun yang bekerja di Singapura itu mahu pulang bercuti ke kampungnya di sini.


Katanya, mangsa yang sedang tidur kemudian tersedar apabila merasa pinggangnya disentuh seseorang dari kerusi belakang.


Beliau berkata, ketika mangsa melihat di belakangnya terdapat seorang remaja lelaki, namun suspek memandang ke arah lain membuatkan mangsa kemudian tidur semula.


"Namun ketika sampai di Hentian Rehat Simpang Renggam, mangsa tersedar semula selepas payu daranya disentuh dan terkejut apabila mendapati remaja yang sebelum ini duduk di kerusi belakang sudah ada di sebelahnya.

"Mangsa kemudian menjerit sebelum bertanya kepada suspek mengapa memegang payu daranya, namun suspek tidak mengaku dan menyatakan hanya ingin membetulkan penghawa dingin di situ.

"Wanita itu kemudian mengadu kepada pemandu bas mengenai kejadian berkenaan untuk mendapatkan bantuan menyebabkan suspek dihalang pemandu serta penumpang lain untuk turun daripada bas ketika sampai di Perhentian Bas Ayer Hitam.


"Bagaimanapun ketika sampai di Perhentian Bas Parit Raja, suspek bertindak melarikan diri menerusi pintu kecemasan di belakang bas, namun sempat dikejar penumpang bas lain dan orang awam yang kemudiannya menyerahkannya kepada polis," katanya.






Mohamad berkata, remaja lelaki berkenaan kini direman empat hari bermula semalam dan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.



Menerusi komen yang diberikan berkenaan perkongsian mangsa, netizen rata-ratanya marah dan risau dengan kejadian seperti itu.


Jesteru, semua wanita dinasihatkan supaya lebih berhati-hati terutamanya ketika menggunakan pengangkutan awam. Selain itu, apakah cadangan anda bagi mengelakkan kejadian seperti ini dari berulang. 


Wajarkah jika kerusi bas diasingkan antara penumpang wanita dan lelaki? Bincangkan. - CARI
loading...

0 Response to "Wajarkah jika kerusi bas diasingkan antara penumpang wanita dan lelaki? Bincangkan"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
#headlineatas { opacity:1.0; height:auto; width:auto; position:absolute; top:380px; left:85px; align:center; border-bottom:1px #005094 solid; border-bottom:0px blue solid; color:#333; padding:0px; z-index:1001; font-size:13px;}
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
#headlineatas { opacity:1.0; height:auto; width:auto; position:absolute; top:380px; left:85px; align:center; border-bottom:1px #005094 solid; border-bottom:0px blue solid; color:#333; padding:0px; z-index:1001; font-size:13px;}
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close