loading...
Amboi, sedapnya dia mengutuk orang lain. Hinanya orang yang berada dalam kesusahan di mata seorang wanita tidak mempunyai hati dan perasaan ini. Baru-baru ini, seorang pengguna aplikasi WeChat dengan akaun bernama Sarah Coco memuat naik sebuah 'moment' menyindir terhadap seorang lelaki sehingga menjadi tular di media sosial sejak beberapa hari lalu. "Kalau tiada kereta tu buat cara tiada kereta, tak perlu berlagak berbelanja di pasar raya sehingga membawa dua troli macam datang naik van. "Lepas tu sumbat barang dalam bakul sehingga penuh dan bonceng belakang macam beruk. Buat malu orang saja bawa motosikal buruk, belanja acah-acah berkereta," tulis Sarah. Sudahlah mencerca kedua beranak itu membeli-belah hanya dengan menaiki motosikal, dikatanya pula lelaki berkenaan, Mohd Nashiruddin Mokthar sebagai anak tak berguna kerana tak mampu menyediakan sebuah kereta untuk membawa ibunya berbelanja barang keperluan. Dengan kuasa Tuhan, moment dimuat naik wanita berkenaan sampai ke pengetahuan Nashiruddin yang kemudiannya tampil membalas kenyataan biadap dan tak berlapik itu. "Berkenaan posting Sarah di WeChat, saya tahu dia maksudkan saya kerana kami ada berselisih faham ketika di pasar raya berkenaan. "Terlanggar troli sahaja, tetapi saya tak sangka sampai dia muat naik status sedemikian," katanya. Tambah Nashiruddin yang juga seorang pengawal keselamatan, dia akui berasal dari keluarga susah namun bersyukur dengan apa yang ada. "Alhamdulillah saya masih mampu tunaikan hajat ibu untuk ke Makkah walaupun sendiri terasa susah," tegasnya. Perkongsian itu menerima kecaman netizen yang rata-rata meluat dengan sikap wanita itu. "Hahahha. Kalau setakat muka lawa, beg berjenama, baju seluar tudung mahal-mahal, tak guna juga kalau beg duit tu nipis tak berduit. hutang sana sini semata-mata nak nampak kaya di mata orang lain. Malu la weiiiii," komen netizen. Diharap Sarah membaca kenyataan lelaki berkenaan dan memohon maaf secara terbuka di atas kelancangannya menghina orang miskin. Kepada yang lain, janganlah sewenang-wenangnya mengeji orang lain kerana kita tidak tahu kesusahan yang mereka harungi untuk teruskan hidup. - CARI |
loading...
0 Response to "Belanja Besar Kalah Orang Berkereta, Tapi Naik Motor Saja - Wanita Keji Si Miskin"
Post a Comment